Saturday 28 January 2012

Produk Paku Resam (Pteridophytes Products)

Paku resam digunakan sebagai bahan asas atau bahan mentah dalam penghasilan produk ini. Antara produk yang dihasilkan menggunakan paku resam ialah perhiasan diri seperti gelang tangan dan cincin.


Gambar 1 : Gelang dan cincin yang dihasilkan menggunakan paku resam.


Gambar 2 : Gelang dan cincin

Harga / Price:
Cincin : RM1.00 seunit
Gelang : RM3.50 seunit

Produk Manik (Beads Products)

Manik digunakan sebagai bahan asas atau bahan mentah dalam penghasilan produk ini. Antara produk yang dihasilkan menggunakan manik ialah perhiasan diri, perhiasan kereta, sarung lighter dan macam-macam lagi.



Gambar 1 : Perhiasan Diri (Rantai leher dan subang)


Gambar 2 : Perhiasan Diri (Rantai leher dan subang)


Gambar 3 : Perhiasan Diri (Rantai leher)


Gambar 4 : Perhiasan Diri (Rantai leher)


Gambar 5 : Perhiasan Diri (Rantai leher dan subang)


Gambar 6 : Perhiasan diri (Ikat rambut dan pencucuk sanggul)


Gambar 7 : Keronsang


Gambar 8 : Perhiasan kereta


Gambar 9 : Perhiasan kereta


Gambar 10 : Bekas biskut, gula-gula, tembakau dan sebagainya.


Gambar 11 : Bekas tembakau

Daun Pandan Hutan (Pandan Leaf Products)

Daun pandan hutan digunakan sebagai bahan asas atau bahan mentah dalam penghasilan produk ini. Antara produk yang dihasilkan menggunakan daun pandan hutan ini ialah topi Orang Ulu (disebut lavong tepo dalam bahasa Orang Ulu) dan terendak.




Gambar 1 : Lavong Tepo 
Harga seunit : RM35


Gambar 2 : Lavong Tepo


Gambar 3 : Terendak


Produk Kulit Kayu (Bark Products)

Kulit kayu digunakan sebagai bahan asas atau bahan mentah dalam penghasilan produk ini. Antara produk yang dihasilkan menggunakan kulit kayu ialah baju, bekas pensel, topi, bekas telefon bimbit, dompet dan macam-macam lagi.

Gambar 1 : Baju, topi dan bekas pensel yang dibuat menggunakan kulit kayu.


Gambar 2 : Baju, topi dan bekas pensel.


Gambar 3 : Baju, topi dan bekas pensel.

Harga / Price:
Baju orang dewasa : RM185 seunit.
Baju kanak-kanak : RM100 seunit.
Topi : RM25 seunit
Bekas pensel : RM15 seunit

Produk Rotan (Rattan Products)

Rotan digunakan sebagai bahan asas atau bahan mentah dalam penghasilan produk ini. Antara produk yang dihasilkan menggunakan rotan ialah dulang, bakul penyimpan surat, beg rotan, bekas pensel dan macam-macam lagi.


Gambar 1 : Dulang dan bekas penyimpan surat


Gambar 2 : Dulang, bekas penyimpan surat dan bakul gantung bertingkat.


Gambar 3 : Gambar 2 : Dulang, bekas penyimpan surat dan bakul gantung bertingkat.


Gambar 4 : Bekas pensel dan ajat


Wednesday 25 January 2012

Kenali G AMIN Kraf

G AMIN Kraf merupakan gabungan hasil kerja kraftangan dua beradik yang berasal dari Belaga, Sarawak. Meskipun G AMIN Kraf baru ditubuhkan, tapi minat dalam menceburi bidang ini bermula sejak dari dulu lagi. Semua hasil kraftangan keluaran G AMIN Kraf dihasilkan sendiri oleh dua beradik ini.

Kebolehan dalam menghasilkan kraftangan sememangnya diperolehi dari nenek moyang keluarga ini dan boleh dikatakan sebagai kebolehan turun temurun. Minat dalam penghasilan kraftangan semakin bertambah apabila ibu kepada adik beradik ini sentiasa memberikan didikan dalam penghasilan kraftangan. Hasil kraftangan G AMIN Kraf selalu menjalani aktiviti pameran kraftangan di seluruh pelusuk Malaysia termasuk Taiwan di bawah anjuran Sarawak Craft Council (SCC) dan Bakun Craft.

Antara produk yang dikeluarkan oleh G AMIN Kraf ialah;
1. Manik - Hiasan diri dan lain-lain.
2. Kulit Kayu - Baju, beg, topi
3. Rotan - Dulang dan bakul
4. Pandan Hutan - Topi Orang Ulu ( Lavong Tepo)
5. Sulaman - Baju, beg dan kasut.
6. Daun Getah - Bunga dan penanda buku
7. Botol Plastik - Bunga
8. Daun Resam - Gelang dan cincin

Selain menghasilkan kraftangan, G AMIN Kraf juga turut mengeluarkan bahan mentah kraftangan seperti;
1. Kulit kayu
2. Rotan
3. Pandan hutan
4. Daun getah
5. Daun Resam


Sekiranya anda berminat dan ingin membuat tempahan, anda boleh menghubungi:

  • Rupeah Ping Abit@Avit = 014-8830215
  • Catherine Bulan Abit@Avit = 013-8144309