Wednesday, 25 January 2012

Kenali G AMIN Kraf

G AMIN Kraf merupakan gabungan hasil kerja kraftangan dua beradik yang berasal dari Belaga, Sarawak. Meskipun G AMIN Kraf baru ditubuhkan, tapi minat dalam menceburi bidang ini bermula sejak dari dulu lagi. Semua hasil kraftangan keluaran G AMIN Kraf dihasilkan sendiri oleh dua beradik ini.

Kebolehan dalam menghasilkan kraftangan sememangnya diperolehi dari nenek moyang keluarga ini dan boleh dikatakan sebagai kebolehan turun temurun. Minat dalam penghasilan kraftangan semakin bertambah apabila ibu kepada adik beradik ini sentiasa memberikan didikan dalam penghasilan kraftangan. Hasil kraftangan G AMIN Kraf selalu menjalani aktiviti pameran kraftangan di seluruh pelusuk Malaysia termasuk Taiwan di bawah anjuran Sarawak Craft Council (SCC) dan Bakun Craft.

Antara produk yang dikeluarkan oleh G AMIN Kraf ialah;
1. Manik - Hiasan diri dan lain-lain.
2. Kulit Kayu - Baju, beg, topi
3. Rotan - Dulang dan bakul
4. Pandan Hutan - Topi Orang Ulu ( Lavong Tepo)
5. Sulaman - Baju, beg dan kasut.
6. Daun Getah - Bunga dan penanda buku
7. Botol Plastik - Bunga
8. Daun Resam - Gelang dan cincin

Selain menghasilkan kraftangan, G AMIN Kraf juga turut mengeluarkan bahan mentah kraftangan seperti;
1. Kulit kayu
2. Rotan
3. Pandan hutan
4. Daun getah
5. Daun Resam


Sekiranya anda berminat dan ingin membuat tempahan, anda boleh menghubungi:

  • Rupeah Ping Abit@Avit = 014-8830215
  • Catherine Bulan Abit@Avit = 013-8144309

No comments:

Post a Comment